Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Beli telur di pasar raya, ikut harga jualan ditetapkan

    SANDAKAN, 19 JUN – Pengguna di Sandakan disaran membeli telur ayam di pasar raya kerana telur yang dijual adalah mengikut harga ditetapkan kerajaan berbanding membeli telur sama dijual peniaga kaki lima dengan harga lebih mahal.

    Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan, Azdy Zukkry John berkata situasi itu antara lain disebabkan peniaga kali lima itu mendapatkan bekalan telur ayam sendiri antaranya daripada Tawau.

    Beliau berkata sejak Isnin lepas, harga telur ayam bagi gred A, B dan C di Sandakan turun 3 sen masing-masing kini RM0.48 sen, RM0.47 sen, serta RM0.46 sen sebiji bagi harga runcit, namun peniaga tepi jalan menjual lebih mahal daripada itu.

    “Kos mereka ambil bekalan itu ditanggung sendiri menyebabkan harga telur ayam yang dijual menjadi lebih mahal, berikutan itu kita akan melihat perkara ini serta kita juga bertimbang rasa, dan kita cuba cari jalan menangani isu ini agar peniaga dan pengguna dapat manfaat bersama.

    “Buat masa ini saya menyarankan pengguna beli telur di pasar raya sebab pasar raya pasti akan ikut harga ditetapkan, arahan penurunan harga telur ayam telah diberikan melalui kumpulan WhatsApp serta edaran risalah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemeriksaan penurunan harga telur ayam.

    Dalam pada itu, Azdy Zukkry berkata mulai esok tindakan akan diambil kepada semua pasar raya atau peruncit yang tidak mematuhi kawalan harga telur ayam.

    “Pengguna yang ada aduan mengenai peniaga tidak patuh arahan boleh menghubungi terus KPDN Sandakan, jangan ditularkan tetapi guna saluran betul, KPDN akan datang ke tempat itu, kita akan ambil tindakan,” katanya lagi. – Bernama

    Azdy Zukkry John (kiri), memeriksa telur ayam di sebuah ladang penternakan ayam penelur. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...