Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beli token meter elektrik sebelum 16 Jun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas pangkalan data sistem meter pra-bayar akan dilaksanakan pada 16 Jun bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Kementerian Tenaga.

    Kenyataan menyatakan bahawa sehubungan dengan itu, semua pembelian token meter pra-bayar melalui Cash Deposit Machine (CDM), PowerKad, DST Easi SMS dan Online Banking akan terjejas semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

    Oleh yang demikian, jabatan itu menasihatkan orang ramai untuk membeli token meter pra-bayar sebelum kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan dibuat.

    Menurut kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi Talian Darussalam 123 atau melayari laman Jabatan Perkhidmatan Elektrik, www.des.gov.bn atau e-mel, des.info@des.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda