Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Beli United cuma satu gurauan’

    WASHINGTON, 17 OGOS – Elon Musk menerusi hantarannya dalam Twitter, kelmarin, menyatakan, “Saya tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan”, dan mengelar hantaran tular yang mengatakan dia ingin membeli kelab Manchester United sebagai satu gurauan.

    Lelaki terkaya di dunia itu mempunyai tabiat menghantar kenyataan berunsur provokasi dalam Twitternya untuk suka-suka dan Musk memberitahu lebih 103 juta pengikutnya bahawa, “Saya akan membeli Manchester United, terima kasih.”

    Jutawan Tesla dan ketua eksekutif SpaceX itu membuat komen untuk membalas satu ciapannya, mengenai sokongannya ke atas kedua-dua parti utama Amerika Syarikat.

    Musk, 51, yang mengemukakan saman terhadap Twitter, sebelum ini ditanya di laman itu sekiranya dia serius mengenai membeli Manchester United.

    “Tidak, ini merupakan satu gurauan di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan,” balas Musk, selepas ciapan awal mendapat hampir 500,000 tanda suka dalam masa beberapa jam.

    Elon Musk berkata hantarannya di Twitter mengenai membeli kelab Manchester United adalah satu gurauan.- AP

    “Namun, sekiranya ada mana-mana pasukan, ia pastinya Manchester United. Ia adalah pasukan kegemaran saya semasa kecil.”

    Manchester United, salah sebuah pasukan terbesar di dunia, dimiliki oleh keluarga Glazer.

    Mereka menjadi sasaran peminat yang berang.

    Tiada tindakan segera daripada United atau pemilik pasukan mengenai hantaran Twitter tersebut.

    Meskipun menggelarnya sebagai gurauan, hantaran itu mungkin menyebabkan Musk berdepan dengan masalah pengawal atur Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda