Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia autisme serlah bakat 22 September nanti

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – SMARTER Brunei sekali lagi akan menganjurkan konsert dengan kerjasama Institut Sains Kesihatan (IHS) Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang akan diadakan pada 22 dan 23 September ini.

    Konsert itu nanti akan diadakan di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan menampilkan artis berbakat daripada kanak-kanak dan belia autisme lebih 100 orang.

    Menurut Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, konsert itu nanti akan mempamerkan keazaman, bakat dan kemahiran individu autisme agar orang ramai juga merasakan mereka sebahagian daripada masyarakat di negara ini.

    Selain menambah dana untuk Pusat SMARTER, konsert itu juga dianjurkan untuk menangkis tanggapan negatif yang mengakibatkan diskriminasi dan stigma terhadap autisme.

    SMARTER Brunei dan IHS akan mengadakan konsert pada 22 dan 23 September nanti.

    Malai Haji Abdullah yang berharap untuk mencapai sasaran mengutip dana sebanyak $100,000 untuk meneruskan operasi pusat-pusat SMARTER juga berharap masyarakat akan tampil memberikan sokongan.

    Pengarah Teater, Asia Pacific Bureau of Theatre Schools, Low Kok Wai yang juga bekas Pensyarah Pembelajaran Drama dan Teater, UBD serta Pengarah Artistik Residen (sukarelawan) bagi SMARTER Brunei sejak 2011 turut berkata bahawa gandingan IHS dan SMARTER merupakan kerjasama pertama di bawah projek Kumpulan Tahun 3 pelajar perubatan sebagai modul pendekatan komuniti.

    Konsert nanti bertajuk ‘Looking Through the Autisme Wonderland’ adalah adaptasi dari filem ‘Alice Adventures in Wonderland’ sebagai persembahan muzikal siri ke-5 SMARTER yang akan dipersembahkan kepada orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda