Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia Belait timba pengalaman ukir buah-buahan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 30 OKT – Kira-kira 20 orang belia di Daerah Belait menyertai bengkel mengukir buah-buahan yang diadakan di Pusat Belia, Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait, pada 28 Oktober lalu.

    Bengkel anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia (PPB) tersebut diadakan untuk memberikan pengetahuan unik mengenai pengukiran buah-buahan kepada golongan belia.

    Hajah Nooraishah binti Haji Osman dari PPB yang turut membantu menjayakan bengkel tersebut berkata antara topik yang dibincangkan termasuk mengongsikan teknik dan peralatan yang digunakan dalam mengukir buah-buahan semasa sesi teori.

    Para belia kemudiannya menerapkan pengetahuan yang mereka perolehi untuk mengukir sendiri pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semasa sesi praktikal dengan dibantu oleh pengajar bengkel.

    Hajah Nooraishah berharap belia yang mengikut bengkel tersebut akan menggunakan pengetahuan dan teknik yang diperoleh untuk meningkatkan penghargaan kepada seni dan untuk membuka potensi peluang perniagaan kepada mereka pada masa hadapan.

    Beliau juga berharap bengkel seumpamanya akan diadakan untuk belia-belia di Daerah Belait, meliputi teknik mengukir buah yang lebih mendalam dan sebagai pengenalan kepada dunia mengukir buah-buahan.

    Hajah Nooraishah ketika memberikan tunjuk ajar cara mengukir buah kepada para peserta bengkel tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara belia yang menyertai bengkel berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda