Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia belajar buat roti sebagai kerjaya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Seramai 22 orang dalam kalangan Belia dan Beliawanis Masjid kelmarin telah mengikuti Bengkel Kemahiran Membuat Roti bertempat di Pusat Pembangunan Belia, Bandar Seri Begawan.

    Bengkel tersebut diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Sebahagian dari aktiviti dalam bengkel berkenaan.

    Bengkel tersebut bertujuan untuk melahirkan individu yang berdaya tahan supaya membolehkan mereka mendapat menjana pendapatan, pekerjaan mahupun berkecimpung dalam perniagaan secara mandiri.

    Tambahan lagi, bengkel itu juga memberikan pendedahan asas kepada belia mengenai kemahiran membuat roti yang kurang dipraktikkan dari golongan belia pada masa ini.

    Bengkel seumpama ini diharap akan dapat memberikan kemahiran asas kepada belia dan komuniti serta dapat memberi nilai tambah kepada kemahiran khususnya kepada golongan sasaran bengkel ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda