BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Seorang pemimpin pengakap Negara Brunei Darussalam telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Asia Speak Up semasa Asia Pacific Youth SDGs Summit 2021.
Dayang Rabi’atul ‘Adawiyah Zunnurain binti Haji Terudin yang juga guru pendidikan jasmani di Sekolah Menengah Sayyidina Husain telah menyertai pertandingan yang diadakan secara dalam talian itu pada 5 hingga 12 Ogos lalu.
Menurut kenyataan yang diberikan, beliau memenangi baucar program pertukaran di Korea Selatan dan sijil penyertaan.
Pertandingan yang disertai lebih dari 400 orang peserta dari 25 buah negara itu merupakan penyertaan pertama bagi Negara Brunei Darussalam.
