Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia Brunei sapu bersih pingat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Pasukan pingpong Brunei Darussalam merangkul kese-mua pingat dalam kategori novice Perseorangan Perempuan Bawah 19 Tahun Kejohanan Pingpong Belia Asia Tenggara (SEA) Brunei 2023 dengan majlis penyampaian hadiah diadakan di Kompleks Sukan Tutong, Daerah Tutong semalam.

    Ling Yi Zhen dari Brunei mendahului penamat podium negara dengan pingat emas diikuti rakan senegaranya, Vicky Lim Wei Qi dengan pingat perak.

    Rakan sepasukan bawah 19 tahun negara, Shing Yee Nyau dan Michelle Wong Wei Hu berkongsi gangsa bersama.

    Brunei turut menambah dua gangsa dalam kategori lelaki novice menerusi Awangku Abdul Basheer bin Pengiran Haji Muhammad Noor dalam acara Perseorangan Lelaki Bawah 19 Tahun dan Stanley Wang Xing Bo dalam acara Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun.

    Kang Yukheang dari Kemboja meraih emas dalam acara Perseorangan Lelaki Bawah 19 Tahun, manakala Phongsavanh Sengmany dari Laos memenangi emas dalam acara Lelaki Bawah 15 Tahun.

    Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Kejohanan yang berakhir semalam itu menyaksikan penyertaan 10 negara iaitu Laos, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan negara tuan rumah Brunei Darussalam.

    Pengiran Mohammad Amirrizal bergambar bersama pemain pingpong belia Brunei Darussalam semasa majlis berkenaan, baru-baru ini.
    Pengiran Mohammad Amirrizal bergambar bersama pemenang kategori lelaki.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda