Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia dan teknologi pacu masa depan ASEAN

    KUALA LUMPUR, 12 Mei – Daya saingASEAN pada masa depan akan dipacu oleh pembangunan teknologi pesat serta demografik golongan muda atau belia, kata pemimpin empat negara anggota pada sesi pembukaan Forum Ekonomi Dunia (WEF) ASEAN ke-26 di Phnom Pennh, Kemboja pada Khamis.

    Menurut kenyataan WEF, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berkata, sejak 50 tahun penubuhannya meskipun dalam persekitaran global tidak menentu, ASEAN berjaya mengekalkan keamanan, kestabilan dan keselamatan dengan kerjasama baik dalam kalangan anggota.

    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pula berpendapat pelaburan dalam aspek modal insan perlu dilaksanakan.

    Sementara itu, Perdana Menteri Laos Thongloun Sisoulith menyeru sektor swasta terus memperbaiki dan menyesuaikan diri untuk meningkatkan daya saing dalam Revolusi Perindustrian Keempat.

    “Kita perlu pendidikan berkualiti demi membangunkan tenaga kerja berkemahiran untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan. Jika ASEAN ingin memenuhi cabaran mendatang, peranan sektor swasta amat penting ,” kata Thongloun.

    Saranan itu dipersetujui Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda