Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Belia digesa ambil vaksin meningitis

    LYON, 12 OGOS – Kira-kira 56,000 belia di Perancis digesa supaya mendapatkan vaksin terhadap meningitis selepas 12 kes sejak setahun lalu membawa kepada sekurang-kurangnya satu kematian.

    Jumlah kes Meningococcal B yang membimbangkan mungkin dikaitkan dengan varian bakteria baharu, yang menjangkiti selaput otak dan saraf tunjang atau darah.

    “Meningitis adalah penyakit serius yang boleh membawa kepada kecacatan malah kematian,” beritahu Dr Anne-Sophie Ronnaux-Baron dari agensi kesihatan ARS untuk kawasan Auvergne-Rhones-Alpes kepada AFP.

    “Kami dengan itu telah menghantar 56,000 surat kepada orang muda berudia 16 hingga 24 tahun – populasi yang paling terjejas oleh varian berkenaan – dan kepada ibu bapa anak yang baru lahir sehingga dua tahun, sebagai sebahagian daripada kempen vaksinasi,” katanya.

    Dua kes terbaharu dikesan pada akhir Julai, membawa kepada 12 jumlah pesakit di empat kawasan, Savoie, Ain, Rhone dan Isere. Meskipun seorang belia telah maut, ‘pada masa ini tidak ada petanda khusus yang menunjukkan varian ini adalah lebih berbahaya atau berjangkit berbanding yang lain, kata Ronnaux-Baron. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...