Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Para belia dikehendaki lebih berani untuk tampil ke hadapan dan keluar dan comfort zone dengan mengorak langkah lebih jauh bagi menembusi dan menguasai pasaran serantau dan antarabangsa, yang banyak menawarkan peluang dan cabaran untuk memanfaatkan platform-platform yang telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman dengan beberapa buah negara untuk memudahkan kerjasama dalam bidang-bidang perniagaan dan pelaburan.
Demikian merupakan antara titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-18 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bertitah menzahirkan keterujaan baginda melihat perkembangan dan sumbangan yang memberangsangkan para balia yang merangkumi banyak bidang termasuk bidang ekonomi, digital, inovasi social, agri-bisnes, industry kreatif, kesukarelawan dan kemasyarakatan, bahkan juga penggubalan dasar.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.