Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Ceramah Maghrib sempena Maulud Nabi Muhammad SAW telah diadakan semalam di Masjid Ash-Shaliheen.
Hadir selaku tetamu khas pada ceramah tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Misle bin Haji Abd Karim.
Manakala, ceramah berkenaan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Islam Selangor, Malaysia.
Tujuan utama acara ini adalah untuk mendidik belia dalam mengingati perjuangan Rasulullah SAW serta melahirkan generasi belia yang memiliki akhlak yang baik dan menanam sifat kasih sayang antara sesama mereka.
Ceramah berkenaan merupakan acara anjuran Ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia Masjid Senegara, bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Belia Masjid Ash-Shaliheen dan disokong oleh Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid
Suasana semasa ceramah berkenaan diadakan.