PETALING JAYA, 26 MEI – Deepfake atau imej palsu yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) memacu peningkatan mendadak dalam penciptaan bahan penderaan seksual kanak-kanak atau child sexual abuse material (CSAM) jenis sintetik dan ketagihan terhadap kandungan sedemikian semakin meningkat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) bahagian siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak (D11), Penolong Pengarah Kanan SAC Siti Kamsiah Hassan berkata AI semakin disalahgunakan untuk menjana CSAM hiper-realistik, termasuk pengimejan palsu yang merumitkan pengesanan dan menimbulkan cabaran kepada penguatkuasaan undang-undang dalam mendakwa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata pesalah juga mengeksploitasi aplikasi pemesejan yang dienkripsi dan forum web gelap atau tersembunyi untuk berkongsi bahan CSAM dan berkomunikasi tanpa nama sebenar.

SAC Siti Kamsiah berkata penyalahgunaan sebegitu juga telah membawa kepada lonjakan kes sextortion, terutamanya disasarkan kepada golongan bawah umur dan melalui platform media sosial.
“Ramai daripada mangsa menerima ancaman yang menyebabkan mereka trauma teruk dan mendorong rasa bunuh diri. Penemuan terbaru kami berdasarkan kes yang disiasat menunjukkan peningkatan dalam pesalah bawah umur atau remaja yang telah mengalami ketagihan terhadap pornografi. Ramai didapati telah memuat turun dan menyimpan CSAM dalam storan awan atau akaun e-mel mereka,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Awal bulan ini, SAC Siti Kamsiah mengetuai pasukannya bersama unit JSJ yang lain sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa Belanda untuk bertukar strategi lanjutan untuk memerangi CSAM dan mengenal pasti pesalah.
Beliau berkata pertemuan itu membolehkan kedua-dua negara berbincang mengenai cabaran teknikal dan perundangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa.
“Kita dapat melihat bagaimana Laporan CyberTipline, yang disalurkan melalui Pusat Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) boleh dijadikan persembahan dokumen dalam mahkamah, walaupun tanpa perjanjian bantuan undang-undang bersama (MLAT), atau sebagai bukti apabila tiada satu pun tersedia terhadap pesalah.
“Kami juga membincangkan kesahihan mengesahkan penerimaan bukti data yang diperoleh polis melalui kaedah menggodam komputer pesalah.
“Perkongsian ilmu dan maklumat yang tidak ternilai dalam pertemuan itu sangat bermanfaat kepada pasukan polis kita, khususnya bagi D11 (siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak).
Ia pastinya akan membantu menjadikan kita sebagai satu unit yang bersatu padu, berkebolehan dan responsif dalam menangani ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak di alam siber,” katanya.
Wakil pihak berkuasa Belanda berkenaan terdiri daripada pihak polis Belanda Eddy Assens; Pengurus Program Pusat Kepakaran Penderaan Kanak-Kanak Seksual Transnasional, Jan van der Helm dan beberapa Pegawai Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda iaitu Linda van den Oever, Nicole Smits dan Meike Willebrands. – ANN/The Star


