Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia kongsi pengalaman kerjasama antarabangsa

    BEIJING, 29 SEPT – Lebih 140 wakil dari 12 buah negara dan rantau menyertai Forum Keusahawanan, Inovasi, Kepimpinan Belia Asia Pasifik 2021 yang diadakan secara hibrid di sini, semalam.

    Pada forum tersebut, wakil dari China, Malaysia, Indonesia, Nepal dan Bangladesh masing-masing berkongsi pengalaman untuk memulakan perusahaan dalam bidang kerjasama vaksin antarabangsa, pemeliharaan alam sekitar, kebajikan sosial, kemajuan luar bandar dan inovasi teknologi, serta prospek kerjasama.

    Dalam sesi dialog bersama peserta tetamu, empat wakil China turut membincangkan mengenai model pembangunan mampan selain memberi saranan terhadap perkembangan belia. –Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda