Oleh Norizan Murshid
TUTONG, 30 Mei – Bulan Ramadan bukan sahaja bulan untuk menambahkan amal ibadat malah bulan Ramadan juga adalah bulan di mana umat Islam tidak lupa menjaga kesihatan badan dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.
Baru-baru ini, belia-belia dari Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong dan Kickers FT rasa bertuah kerana terpilih mendapat tajaan jersi daripada Syarikat Creative Design sempena Bulan Ramadan tahun ini.
Belia-belia masjid ini terpilih kerana mereka sentiasa bergiat aktif dalam program yang dianjurkan oleh Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong.
Dengan adanya tajaan ini diharap mereka akan terus bergiat aktif dalam acara keagamaan dan sukan yang dianjurkan oleh masjid berkenaan.
Belia-belia masjid ini ada yang sudah memenangi Kejohanan Futsal di antara Masjid Daerah Tutong Anjuran Mhbpt 2017, dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti keagamaan seperti berdikir, tausyeh, takhtim, khatam dan betadarus sempena bulan Ramadan.
