Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 12 OKT – Dalam sama-sama meningkatkan amal kebajikan lebih-lebih bersempena dengan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, seramai 30 orang belia Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai, Tutong telah mengadakan kempen kebersihan, baru-baru ini.
Kempen dijalankan di sekitar kawasan Balai Ibadat Kam-pung Sengkarai dan balai raya kampung tersebut.
Mengetuai kempen kebersihan berkenaan ialah Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Semasa ditemui Media Permata, Awang Abdul Aziz berkata, menerusi aktiviti sedemikian mampu meningkatkan kesedaran semua pihak untuk sama-sama menghargai kampung dengan menjaga kebersihan dari semasa ke semasa.
“Walaupun balai ibadat lama kampung ini tidak lagi digunakan namun biarlah ia dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak dan indah mata memandangnya, lebih-lebih lagi ia juga secara tidak langsung menjadi ristaan bersama kerana di sanalah juga tersimpan nostalgia suka duka penduduk kampung suatu ketika dahulu jika diimbas kembali,” ujar beliau lagi sambil melahirkan harapan untuk melaratkan kempen-kempen di kawasan lain dalam masa terdekat.


