Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2024 menggariskan beberapa program dan inisiatif pengupayaan serta pemerkasaan senegara memberi tumpuan kepada mengukuhkan ekosistem kebeliaan. Berdasarkan kepada prestasi pencapaian Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2024, 61 peratus program aktiviti pada tahun kedua telah berjaya dilaksanakan.

