Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Belia perlu manfaatkan kemahiran, pengalaman

    Oleh Sim Y H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Golongan belia harus keluar dari zon selesa mereka dan berusaha mencari peluang-peluang antarabangsa.
    Pada masa yang sama, belia Brunei juga diseru untuk memanfaatkan kemahiran dan pengalaman mereka untuk menyumbang kepada pasaran global khususnya dalam bidang-bidang seperti ICT, aplikasi pintar, agri-perniagaan serta industri kreatif.

    Seruan itu mengukuhkan lagi idea bahawa ilmu pengetahuan dan kompetensi yang diperoleh graduan-graduan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dapat membuka pintu kepada pelbagai peluang-peluang global.

    Penekanan tersebut dibuat oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad dalam ucapannya di Pameran Kerjaya UBD ke-9 yang berlangsung di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Beliau seterusnya menyentuh mengenai aplikasi, Career.BN yang dibangunkan oleh Sekolah Sains Digital (SDS), UBD di mana ia merupakan sebuah aplikasi inovatif yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) bagi merevolusikan pengalaman pencarian pekerjaan dan menghubungkan jurang antara graduan dan bakal majikan dengan menyediakan sebuah platform di mana seseorang itu boleh mendapatkan senarai pekerjaan, latihan amali serta sumber kerjaya disesuaikan dengan bidang pengajian mereka.

    Dr Haji Azman menekan-kan Career.BN merupakan bukti komitmen UBD untuk menyokong alumni dan para pelajarnya serta masyarakat dalam mengemudi pasaran pekerjaan yang kompleks serta mencari peluang-peluang yang tepat untuk dipadankan kepada aspirasi serta kemahiran mereka.

    Ia juga bersifat inklusif dan boleh diakses oleh semua bagi membantu para pengguna mengemudi laluan kerjaya dengan mengambil kira kelayakan, kemahiran dan minat mereka.

    Dr Haji Azman menyatakan aplikasi berkenaan bersama-sama platform seperti UBD CoNECT merupakan peralatan amat diperlukan yang menyediakan sumber komprehensif khusus bagi pencari kerja dan
    majikan.

    UBD CoNECT amat relevan dalam pasaran pekerjaan yang mencabar masa kini di mana bimbingan dan rangkaian adalah amat mustahak kerana ia membolehkan seseorang membina sebuah rangkaian profesional yang menyokong pembangunan kerjaya dan membuka pintu kepada pasaran pekerjaan antarabangsa dan tempatan, ulas beliau.

    Dr Haji Azman menyampaikan ucapan semasa Pameran Kerjaya UBD ke-9 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei, Darussalam, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...