Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Belia sertai SSEAYP pulang ke tanah air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Delegasi Negara Brunei Darussalam seramai 15 belia dan seorang ketua delegasi telah kembali ke tanah air selepas menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ke-48 (SSEAYP 48) bermula 4 November lalu di Tokyo, Jepun. 
     
    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut kepulangan delegasi negara ialah Pengarah Belia dan Sukan, Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan. 
     
    Pada tahun ini, delegasi negara yang terdiri daripada belia berumur antara 18 hingga 33 tahun, termasuk Pegawai Belia dan Sukan, Syed Abdul Muiz bin Haji Syed Anayatullah, selaku ketua delegasi, Awang Mohammad Azid bin Haji Mohamed Samba, selaku ketua belia dan Dayang Farah Naqibah binti Haji Abdul Rahim selaku penolong. 
     
    Program yang berlangsung selama 38 hari bermula dari Tokyo, Jepun tersebut belayar menggunakan Kapal Nippon Maru menuju ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam; Jakarta, Indonesia dan berakhir di Tokyo, Jepun. 
     
    Para peserta program telah mengikuti pelbagai aktiviti yang disusun oleh negara-negara disinggahi seperti program perbincangan tajuk-tajuk utama yang diberikan, pertukaran budaya, sesi aktiviti selepas program, kunjung hormat, lawatan sambil belajar, interaksi bersama belia tempatan dan sebagainya. 
     
    Antara yang menarik ialah program inap desa di mana para peserta tinggal bersama keluarga angkat dan mengetahui secara lebih dekat akan gaya hidup serta budaya termasuk makanan yang popular di negara-negara tersebut. 
     
    Diharap para peserta beroleh ilmu, kemahiran dan pengalaman yang berguna serta boleh menjadi inspirasi kepada para belia yang lain di samping dapat mempromosikan dan mengangkat nama baik negara selaku Duta Muda di dalam program tersebut. 
     
    Hajah Umi Kalthum dan delegasi negara bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Hajah Umi Kalthum hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut kepulangan delegasi negara. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
    Syed Abdul Muiz semasa ditemu bual.– GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...