BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seramai 25 orang dalam kalangan Belia dan Beliawanis Masjid telah menerima sijil penyertaan bengkel kemahiran membuat roti yang bertempat di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam majlis penutup yang diadakan kelmarin.
Bengkel yang diungkayahkan bersama Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan merupakan sebuah program komuniti. Antara tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada para peserta mengenai kemahiran membuat roti.
Bengkel yang telah diadakan selama beberapa siri iaitu pada 13, 20 dan 27 Julai dan majlis penutupnya dihadiri oleh tetamu kehormat Awang Haswandi bin Haji Osman, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta tersebut.



Di samping untuk melahirkan individu yang berdaya tahan, bengkel itu juga diharapkan dapat membantu para peserta menjana pendapatan dalam perniagaan sendiri.


