Monday, October 28, 2024
34.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia wakil Brunei bincang produksi AI, budaya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Awang Faiq Airudin, satu-satunya belia dari Brunei yang terpilih dari 11 pakar kebudayaan dan seni dari ASEAN dan Korea Selatan untuk menghadiri Forum Inovasi Budaya ASEAN-KOREA 2024 bertemakan Kreatif AI untuk masyarakat inklusif di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Beliau turut disertai oleh oleh pakar dari Kemboja, Indonesia, Singapura dan juga Thailand untuk sesi panel bertajuk Frontiers of AI Production.

    Awang Faiq yang juga pengeluar kandungan tempatan dan pengasas bersama kumpulan kreatif ‘Just Bruneians’ telah berkongsi menyatakan bahawa platform antarabangsa berkenaan penting untuk memahami trend terkini dalam bidang Kepintaran Buatan (AI) yang bergerak pantas.

    “Adalah penting untuk bercakap dengan pakar serantau dan menggunakan pemahaman dan pengetahuan mereka kepada konteks tempatan,” jelasnya.

    Forum ini adalah sebahagian daripada perkongsian Projek Budaya Inovatif (PIC) yang dihoskan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (MCST) Korea, dan dianjurkan oleh Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE).

    Program ini direka bentuk untuk mewujudkan rangka kerja kerjasama untuk pertumbuhan antara ASEAN dan Korea Selatan dan mengukuhkan pertukaran budaya yang berterusan.

    Selain itu, forum berkenaan juga dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat ASEAN, Yayasan ASEAN, Balai Seni Lukis Negara Malaysia, Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA Malaysia), Sidang Kemuncak Belia Ekonomi Kreatif dan Digital Asia (ACE-YS) dan Persatuan Industri Webtoon Korea (KWIA).

    Awang Faiq semasa harid ke forum berkenaan.- GAMBAR SERAHAN FAIQ AIRUDIN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda