Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Kumpulan Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Unit Belia, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengadakan Forum Bicara An-Nisa sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di masjid berkenaan, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah Pengajian Islam (Perkhidmatan dan Korporat), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan.
Moderator bagi forum yang bertajuk ‘Ibu Bapa, Jambatanku ke Syurga’ itu ialah Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen, Dayang Izzati binti Haji Hamdani. Sementara ahli panel terdiri daripada Dayang Norhayati binti Abdul Rahman dari Pusat Dakwah Islamiah dan penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof.
