Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bell Ngasri bintang paling popular ABPBH35

    Kempen besar-besaran peminat buat Bell Ngasri berhasil apabila pelakon dan pelawak itu diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat.

    Pelawak yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa sebelum itu turut memenangi kategori Artis Komedi Popular menewaskan calon seperti Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

    Meluahkan rasa gembira, Bell juga dilihat mengalirkan air mata tatkala naik ke atas pentas menerima anugerah.

    “Syukur ke hadrat Ilahi. Ada juga orang minat hari ini menjadi bukti.

    “Selama 37 tahun saya tak pernah nak popular. Saya masih ada dalam industri,” ucapnya.

    Bell Ngasri berhasil apabila pelakon dan pelawak itu diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di ABPBH35. – mStar

    Bell turut menujukan anugerah itu buat ibunya, Habibah Jaafar yang banyak mendorong untuk terus berlakon sejak kecil.

    Sementara itu, penyanyi Yuna pula menerima Anugerah Eksplorasi Seni sempena kejayaan mencipta nama di luar negara.

    Manakala Tan Sri Michelle Yeoh menerima Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni.

    Penyanyi Aina Abdul menepati ramalan apabila muncul sebagai pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan empat calon lain iaitu Nabila Razali, Ernie Zakri, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

    Bagi kategori BBNU Wanita Popular dimenangi aktres Anna Jobling yang turut menerima trofi Couple TV Popular bersama rakan gandingannya dalam Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen.

    Anna turut membawa pulang trofi Aktres TV popular sementara Merqeen pemenang bagi kategori lelaki.

    BBNU Lelaki Popular pula milik Amir Ahnaf yang namanya mula melonjak menerusi drama Projek: High Council.

    Sementara itu, pelakon kontroversi Sophia Albarakbah membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Aktres Filem Popular di samping Beto Kusyairy bagi kategori lelaki. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...