Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bell Ngasri dapat ‘surat saman’

    Pelakon Bell Ngasri mencuri perhatian ramai apabila tular video di gelanggang media sosial memaparkan dia didatangi seorang warden tempat letak kereta di New Zealand hanya kerana individu terbabit ingin mendapatkan tandatangannya.

    Bell atau nama penuhnya Ngasrizal Ngasri, 44, dilihat terkejut dengan tindakan individu tersebut kerana menyangka dirinya akan disaman selain tidak menyangka mempunyai peminat di luar negara.

    Situasi ‘cemas’ tersebut berlaku ketika sedang bersiar-siar di bahu jalan bersama Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Haris, sebelum didatangi warden parkir berkenaan.

    “Ini bukan kena saman ya? Saya takut kalau kena saman,” katanya ringkas kepada warden itu.

    Menurut Kosmo, difahamkan wanita yang bertugas sebagai warden tempat letak kereta itu berasal dari Malaysia.

    Momen mencuti hati itu tersebut mengundang banyak komen warga maya selain mengusik Bell lebih popular daripada Fattah yang turut berada di lokasi sama.

    Difahamkan, Bell dan beberapa artis lain termasuk Fattah, Amira, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Remy Ishak dan Nora Danish berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran sebuah naskhah berjudul Poskad Cinta Dari Auckland. – Agensi

    Bell didatangi seorang warden tempat letak kereta di New Zealand yang berhasrat ingin mendapatkan tandatangannya. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda