Sunday, October 13, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bell Ngasri hampir disaman Rosyam Nor angkara akaun palsu

    Pelakon dan pelawak Bell Ngasri menggelabah apabila melihat namanya berada dalam enarai individu mahu disaman aktor Datuk Rosyam Nor.

    Bell atau Nasrizal Ngasri, 44, berkata, disebabkan itu juga dia terus memuat naik penjelasan profil berkenaan bukan miliknya tetapi akaun palsu menggunakan namanya.

    “Kecoh Rosyam buat laporan polis dan tiba-tiba ada nama saya. Bila pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya fan page akaun palsu. Jadi bila Rosyam nak saman, saya jadi risau sebab saya ini penakut sikit… Terus saya muat naik penjelasan di Instagram buat klarifikasi akaun itu bukan saya,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi lanjut, Bell menarik nafas lega selepas Rosyam memberitahu tahu bukan dia di sebalik akaun tersebut sebaliknya ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama artis demi kepentingan sendiri.

    “Alhamdulillah rupanya dia memang dah tahu itu kerja orang lain. Tapi yang menggelupur saya seorang, fasal benda itu ramai pula guna nama artis untuk buat fan page dan terbitkan cerita mengarut yang ada unsur fitnah,” ujarnya.

    Ditanya adakah Bell akan mengambil tindakan seperti Rosyam, dia memberitahu dia tidak tahu apa langkah yang seharusnya dibuat.

    Ini kerana dia pernah menegur akaun palsu yang menyebarkan berita fitnah namun tidak mendapat sebarang respon.

    “Saya bukan tak nak ambil tindakan, saya tak tahu nak buat apa. Sebenarnya saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas. Tapi tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak pula bila berdiam diri,” jelasnya.

    Pada Khamis lalu, Rosyam selesai membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya difitnah di laman sosial. Menerusi hantaran yang dibuat, apa yang menarik perhatian adalah sebuah akaun Facebook atas nama Bell Ngasri.

    Namun Bell segera tampil menjelaskan kekeliruan tersebut dengan berkata akaun itu tidak sah dan sekadar menggunakan namanya.

    Sebelum itu seorang wanita memuat naik kenyataan berbaur fitnah kononnya Rosyam pernah menasihati pelakon Fattah Amin sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga. Rakaman Video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan menjadi tular semula. – Agensi

    Bell (kiri) nafi dirinya memfitnah Rosyam berhubung kes Fattah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda