Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bell Ngasri kelakar di televisyen, tetapi garang di rumah

    Mungkin tidak ramai yang tahu di sebalik watak komedi yang sering ditonjolkan dalam lakonan,  pelakon dan pelawak Malaysia, Bell Ngasri sebenarnya adalah seorang bapa yang garang serta tegas di rumah.

    Keperibadian Bell itu didedahkan sendiri oleh isterinya iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri yang juga merupakan seorang penulis skrip drama tempatan.

    Memetik dari mStar, Nur Farhana berkata, “Dia (Bell) sebenarnya seorang yang garang dan tegas dengan anak-anak. Perbualan mereka di rumah pun selalunya lebih serius.

    “Anak-anak tahu sikap Bell malah tidak menonton drama atau filem lakonan bapa mereka.

    “Sebab itu kalau Bell sesekali buat lawak, anak-anak keliru sama ada ia jenaka atau dia sedang serius,” jelasnya kepada mStar.

    Farhana ditemui ketika majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang turut menobatkan Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam edisi kali ini.

    Menyifatkan kemenangan itu di luar jangkaan mereka, Farhana turut memuji sikap suaminya yang tidak pernah berputus asa sepanjang 37 tahun bergelar anak seni.

    “Selagi mampu bekerja dia akan tetap bekerja. Saya tidak pernah dengar dia penat atau berputus asa. Cuma ada ketika dia bimbang bagaimana mahu kekal relevan dalam dunia lakonan.

    “Kemenangan Bell ini adalah di luar jangkaan sebab dia bersaing dengan ramai artis baharu. Syukur atas kemenangan yang tidak pernah difikirkan ini,” ujarnya.

    Selain mengungguli trofi Bintang Paling Popular, Bell atau Ngasrizal Ngasri juga menang dalam kategori Artis Komedi Popular.

    Melihat komitmen kerja Bell selama ini, Farhana memberitahu dia cukup faham akan prinsip Bell yang mengutamakan komitmen kerana suaminya sudah mula berlakon sejak kecil.

    “Sebelum berkahwin saya sudah lama kenal dia. Saya dah melihat cara dia bekerja dan dia memang hidup untuk bekerja.

    “Saya faham komitmennya dan kenapa saya perlu halang dia memperlahankan karier selepas kami berkahwin. Saya perlu hormat pendirian suami,” jelasnya.

    Untuk rekod Bell dan Farhana mendirikan rumah tangga pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    Bell Ngasri bergambar ramai dengan isteri dan anak-anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...