Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Bell Ngasri luah tak pernah dapat piala, anugerah

    Maharaja Lawak Mega (MLM2021) telah memasuki peringkat suku akhir. Pengumuman yang dibuat pada minggu ke lapan penyiarannya pada Jumaat lalu yang menyatakan tiga kumpulan layak meneruskan perjuangan ke minggu akhir iaitu Tiro, Boro dan Tobat.

    Minggu lalu juga menyaksikan kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell Ngasri, Ajak dan Pak Kodi itu menduduki tangga pertama menerusi dua tema persembahan iaitu Pesta Keraian bersama KFC dan Komedi Bermoral bersama agamawan atau motivator.

    Ia sekali gus melayakkan kumpulan itu memenangi Anugerah Pedas Lawak Tak Ingat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta produk Adabi bernilai RM500.

    Namun apa yang mencuri perhatian ramai, apabila salah seorang ahli kumpulan Tobat, Bell Ngasri tampil seperti meluahkan perasaannya dalam persembahan tersebut.

    Bell dikatakan ‘mencurahkan’ isi hatinya apabila rakan sepasukan Ajak yang mengatakan kesal dan malu kerana kumpulan mereka dikatakan tidak lawak ketika di pertengahan persembahan. Setelah itu, tanpa disedari dialog yang dilontarkan oleh Bell sangat sayu dan membuatkan penonton sebak.

    Bell mengatakan dirinya tidak pernah mengecapi apa-apa anugerah walaupun telah lama dalam industri. – Agensi

    Ia seakan luahan ikhlas yang dirinya sudah berkali-kali menyertai pertandingan tersebut dan belum pernah mencapai juara. Malah, Bell turut mengatakan dirinya juga tidak pernah mengecapi apa-apa anugerah walaupun telah lama dalam industri.

    “Aku ni lapan kali masuk Maharaja Lawak, tujuh kali tersingkir awal. Tak pernah sekali pun rasa malu.

    “Minggu suku akhir ni minggu paling jauh aku pernah pergi. Apa salahnya dengan tema macam ni aku berangan nak jadi juara.

    “Eh aku ni melawak daripada kau kecik lagi Ajak, sebarang anugerah, sebarang piala pun aku tak pernah dapat Ajak,” ujarnya.

    Luahan berkenaan ternyata meruntum hati ramai. Rata-rata warga maya tampil mencoretkan kata-kata semangat buatnya.

    “Bell legend dah… kitorang sebgai warganet pun faham sangat level anugerah kat Malaysia ni. Apapun Bell tetap terbaik, menghiburkan dari kecik sampai tua masih lagi bertahan, semoga berjaya menjadi juara.”

    “Punyalah bagus mutu lakonan, bertahan lama dalam industri seni. Terasa sedih pulak bila orang yang macam ni tak diberi penghargaan atas usaha selama ini yang sepatut-patutnya dia dapat,” antara komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -