Saturday, November 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella, Adira popularkan lagu Ernie hingga ke Indonesia

    Penyanyi Ernie Zakri, 32, mengakui rakaman duet Bella Astillah dan Adira Suhaimi menerusi lagu Masing-Masing membantu melonjakkan populariti lagu hingga negara seberang.

    Ernie berkata nyanyian versi saduran itu bagaikan menggandakan promosi lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

    “Jujurnya, lagu Masing-Masing ini semakin popular apabila Bella dan Adira tampil dengan versi saduran sangat membantu.

    “Saya bersyukur sebab lagu Masing-Masing mampu memberikan kekuatan kepada wanita yang merasakan diri mereka dilukai, Alhamdulillah mesej lagu ini diguna baik,” katanya kepada BH Online ketika menerima pengiktirafan istimewa daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas cemerlang di peringkat antarabangsa menerusi lagu duet, Masing-Masing.

    Ernie menerima pengiktirafan itu pada Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 (SRIM), baru-baru ini.

    Pengiktirafan itu selepas lagu Masing-Masing berjaya mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia.

    Ernie berkata dia berterima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana menjadi ‘orang tengah’ yang merealisasikan kerjasama bersama Ade Govinda sehingga mampu menaikkan namanya di Indonesia.

    “Alhamdulillah, projek ini sangat istimewa. Bila buat projek membabitkan pengkarya luar negara, saya dan Universal Music Malaysia cuba rancang yang terbaik.

    “Maksudnya, selagi lagu dapat memberi perhatian kepada pendengar, kami cuba sehabisnya mempromosikan lagu ini sebaik mungkin.

    “Akhirnya kerja keras kami menampakkan hasil. Bagaimanapun, saya tidaklah mengatakan lagu Masing-Masing sangat berjaya, tapi ia adalah kejayaan yang perlu disyukuri.” – Agensi

    Lagu duet Masing-Masing semakin popular apabila Bella dan Adira tampil dengan versi saduran.- BH Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda