Saturday, July 26, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah keluarkan lagu genap setahun bercerai

    Seperti meraikan tetapi hakikatnya tidak terlintas dalam benak fikiran. Itu yang ditegaskan Bella Astillah dengan peluncuran single solo keduanya berjudul Lebih Indah Berpisah baru-baru ini.

    “Hanya kebetulan,” itu yang dijawab Bella tatkala ditanya sama ada sengaja memilih 13 Jun tarikh sama dia sah bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz, untuk mengeluarkan lagu baharu beliau.

    Menurut Bella, 31, lagu ciptaan komposer ternama Indonesia, Ade Govinda itu tiada kena-mengena dengan segala momen pahit yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

    Dia bahkan menegaskan Lebih Indah Berpisah dilihat sebagai karya yang membantu dirinya untuk terus mengejar bahagia pada hari mendatang.

    Menurut Bella, lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri membuka jalan buatnya menjalin kolaborasi dengan komposer sensasi Indonesia, Ade Govinda.

    Bella kini hadir dengan single baharu berjudul Lebih Indah Berpisah. – kosmo

    “Lagu itu sangat istimewa apatah lagi dapat menyanyikan sebuah karya ciptaan Ade. Lirik, melodi dan semua dalam lagu ini sangat hebat,” katanya.

    Bercerita lanjut, tajuk asal lagu tersebut juga diubah kerana mahu mencerminkan mesej lebih positif kepada pendengar.

    “Pada asalnya tajuk lagu itu ialah Lebih Baik Berpisah tetapi ditukar kepada Lebih Indah Berpisah.

    “Lagu itu bukan untuk ungkit atau imbau kisah lama tetapi mengajak seseorang bersedia dengan kehidupan baharu,” jelasnya kepada mStar.

    Baginya, lirik yang dihasilkan sangat luar biasa kerana mampu menusuk jiwa terhadap mana-mana individu yang mendengar. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda