Monday, February 3, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah kongsi ciri-ciri lelaki idaman

    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mencari calon suami dalam kalangan penggiat seni sekiranya kembali bertemu jodoh suatu hari nanti.

    Bercakap mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, berkata, dia juga tidak tertarik dengan lelaki yang merokok dan mengambil minuman keras atau barang terlarang.

    “Tak hisap rokok, vape, shisha. Sudah tentu tak pergi kelab malam! Tak minum alkohol.

    “Tidak terlibat dengan bahan terlarang dan paling penting dia bukan dalam industri seni,” katanya.

    Merujuk kepada mStar, Bella berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan adik perempuannya iaitu Didi Astillah mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

    Mendengar jawapan Bella, Didi sempat mengusik kakaknya sama ada dia boleh menerima lelaki yang menceburi bidang politik.

    Pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini bagaimanapun hanya tersenyum sebelum berlalu pergi dalam video yang dikongsi Didi di TikTok miliknya.

    Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun. – Agensi

    Bella tidak mahu calon suami yang terkait dalam bidang seni. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja