Tuesday, July 2, 2024
26.7 C
Brunei

    -

    Bella Astillah, Muaz Zabir muncul bersama curi perhatian

    Selepas isu membabitkan mereka hangat diperkatakan sejak April lalu, pelakon Malaysia, Bella Astillah dan Muaz Zabir akhirnya bertemu lagi.

    Memetik laporan mStar, Bella dan Muaz dipertemukan bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa di Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran MITC Melaka, kelmarin.

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia memaparkan Bella dan Muaz sempat bermain permainan bersama peminat bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.

    Mereka juga dilihat tenang dan profesional dalam menghiburkan pengunjung yang hadir ke acara berkenaan.

    Pertemuan pertama kali itu disambut baik peminat yang rata-rata teruja melihat mereka namun berharap ia tidak menyakiti mana-mana pihak.

    “Tiba-tiba rasa nak senyum tengok dia orang berdua. Nampak macam malu-malu masing-masing.

    “Bella layak untuk bahagia, harap tak adalah yang tersakiti!

    Jelas Bella, foto dan perbualan yang tersebar itu dibuat ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

    Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

    Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

    Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah. – Agensi

    Bella dan Muaz dilihat bertentang mata pertama kali selepas isu mereka reda. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...