Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah pernah kena buli?

    Bukan hanya anak sulungnya Ayden Adrean, pelakon dan penyanyi Malaysia, Bella Astillah turut mengakui tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli pada zaman persekolahan disebabkan perwatakannya yang lemah lembut.

    Menurut Bella, 31, perkara tersebut berlaku pada usianya baru 13 tahun ketika menuntut di sebuah sekolah di ibu negara.

    “Saya pernah kena tolak dekat dinding oleh budak lelaki yang nak minta nombor telefon di kantin sekolah ketika di tingkatan satu.

    “Saya juga jadi mangsa dibuli sekumpulan pelajar perempuan apabila topi yang saya pakai diambil dan dibaling antara satu sama lain, kerana mungkin saya lembut orangnya.

    “Kejadian buli ini beri kesan yang sangat teruk dan saya masih ingat nama budak lelaki yang juga pelaku itu sampai hari ini,” katanya pada sidang media pengumumuan pencapaian Thong Bowl dalam ASEAN Book of Records yang mendapat sijil halal, baru-baru ini.

    Sebagai mangsa buli, dia menyifatkan gejala negatif tersebut memberi kesan secara mental selain meminta mereka yang terkesan bersuara bagi menanganinya daripada terus berleluasa.

    “Ketika di sekolah rendah pun saya pernah kena buli kerana dialek Sabah dan murid lain tidak faham malah anggap saya berasal dari Indonesia pula.

    “Saya lawan balik tapi tak semua orang ada keberanian itu. Apapun, mangsa buli jangan berdiam diri sahaja.

    “Saya juga berharap jika ada pelajar yang kena buli di sekolah sekarang, mereka perlu beritahu kejadian itu kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya diambil,” ujarnya.

    Baru-baru ini, Bella mendedahkan anak lelakinya, Ayden Adrean dibuli rakan sekolah, termasuk diejek sebagai anak yatim. – Agensi

    Bella Astillah mengakui dia juga pernah dibuli sewaktu zaman persekolahan. – Kosmo Online

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda