Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah sangkal dakwaan berasa ‘insecure’

    Pelakon Malaysia, Bella Astillah menyangkal dakwaan mengatakan dia berasa insecure susulan dia dilihat seperti tidak mempercayai suaminya iaitu Aliff Aziz yang pernah terlibat dalam kontroversi sebelum ini.

    Memetik dari mStar, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, sebaliknya berkata dia kini lebih matang dan hanya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga kecilnya.

    “Saya dah tak ada rasa ‘insecure’ sebab sudah lebih dewasa… Kalau orang kata saya tak percaya Aliff, tidak. Saya ada kepercayaan terhadapnya.

    “Kalau tiada kepercayaan, saya sudah tidak ada dengan Aliff. Saya percaya dia sebab itu saya bagi peluang kedua.

    “Cuma saya harapkan yang terbaik selepas ini,” katanya kepada mStar.

    Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program realiti masakan Dapur Tempur Selebriti yang diadakan pada Rabu.

    Dalam pada itu, Bella turut meminta maaf kepada mana-mana individu yang terasa akan kenyataan dikeluarkan berhubung kehadiran pelakon Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sebelum ini.

    Kata Bella, dia setuju dengan Aliff yang mengatakan program realiti itu terbuka untuk dihadiri oleh mana-mana selebriti.

    “Saya nak minta maaf kalau hantaran Bella sebelum ini buat orang lain kurang senang, anggap saya kurang matang.

    “Saya cuma harap yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya dah tak mahu sedih-sedih lagi. Saya pentingkan positif dalam kehidupan. Itu yang saya buat sekarang,” jelasnya.

    Pada 8 Oktober lalu, kehadiran Sophia Albarakbah di ASGV mencuri tumpuan memandangkan Aliff turut bertanding dalam program berkenaan.

    Aliff bagaimanapun melihat kehadiran aktres itu tidak mengganggu persembahannya di atas pentas memandangkan sebagai artis dia memahami mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

    Bella kemudiannya membuat kenyataan dengan melabel Sophia sebagai penipu dan menyelar kenyataan dibuat Aliff itu seolah-olah tidak menjaga perasaannya sebagai isteri. – Agensi

    Bella Astillah dan Aliff Aziz dikurniakan dua cahaya mata. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda