Sunday, February 23, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah tiada komen hubungan dengan Syed Saddiq

    Dilihat mesra seperti pasangan bercinta, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memilih mengunci mulut mengenai status sebenar dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

    Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 31, bagaimanapun tetap berterima kasih apabila ramai mendoakan dan komen positif untuknya di media sosial.

     “Saya tiada komen tentang status saya dengan dia (Syed Saddiq), tapi terima kasih untuk segala komen positif,” katanya ringkas kepada mStar.

    Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran produk Vita Love yang diadakan di Ginger, Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada petang kelmarin.

    Kehadiran Bella pada acara itu adalah sebagai penyanyi undangan yang menyanyikan dua buah lagu pada acara tersebut.

    Dalam pada itu, Bella mengambil langkah berhati-hati dalam memberi kenyataan kerana bimbang orang ramai muak berasa muak dengan kisah peribadinya.

    Malah Bella bimbang apa yang keluar daripada mulutnya nanti akan disalah erti dan merasakan berdiam diri adalah langkah terbaik.

    Kata Bella lagi, fokusnya sekarang adalah kepada kerjaya untuk mencari rezeki buat anak-anak serta keluarga.

     “Tak nak tersilap atau terlebih cakap takut orang cakap kami ni melebih-lebih pula.

    “Hal peribadi saya tolak tepi sebab fokus utama saya sekarang adalah kerjaya, anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

    Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq dilihat banyak meluangkan masa bersama selepas menjadi duta bagi sebuah jenama pakaian raya.

    Hubungan Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka sama-sama menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.

    Malah rata-rata netizen suka melihat mereka digandingkan sehingga berharap Bella dan Syed Saddiq bertemu jodoh.

    Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.

    Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan dua anak bersama dengan pelakon Aliff Aziz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu. – Agensi

    Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat semakin akrab. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda