Wednesday, November 27, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella belum buka pintu hati

    Jika dilihat luaran, hubungan antara pelakon sensasi, Muaz Zabir dan Bella Astillah boleh dikatakan semakin manis, bahkan ada juga yang menyifatkan bibit cinta mula mekar mewangi.

    Kehadiran pasangan sensasi itu ke acara hiburan sering mencuri perhatian ramai, apatah lagi sering berpakaian sedondon termasuk hadir majlis pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, baru-baru ini.

    Baru-baru ini, ada juga peminat mendakwa pernah melihat Muaz mengenakan aksesori milik Bella ketika menghadiri acara hiburan, lantas mengundang pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

    Barangkali seperti andaian ramai, persamaan warna pakaian adalah sesuatu dirancang, namun, tanggapan itu pantas ditepis Muaz dengan menegaskan itu hanyalah kebetulan.

    Muaz menafikan, dia dan Bella sentiasa merancang mengenakan pakaian sedondon ketika hadir acara hiburan, selain menegaskan tiada sebarang janji dibuat untuk tampil sedondon.

    “Sebenarnya, ini hanya satu kebetulan. Ketika majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 pun kami kebetulan mengenakan warna pakaian sama.

    “Tapi, percayalah kami tak pernah merancang atau saya ajak Bella untuk pakai warna sama. Lagipun, putih memang warna pilihan saya dalam kebanyakan acara dihadiri,” katanya kepada BH Online.

    Sejak Bella bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz, ramai dilihat mula membenarkan atau memberi lampu hijau kepada Muaz untuk mendekati wanita kelahiran Sandakan, Sabah itu, malah, ada mendoakan mereka bertemu jodoh.

    Bagaimanapun, Muaz berkata, dia tidak melihat itu sebagai satu peluang biarpun tempoh edah Bella berakhir dan ketika ini, hanya selesa sebagai kawan. – Agensi

    Bella dan Muaz lebih selesa berkawan, saling menyokong antara satu sama lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda