Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Hadid dipecat Dior kerana bersuara isu Palestin

    Disebabkan sering membuat hantaran mengenai keganasan tentera rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di media sosial, model terkenal Bella Hadid telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa iaitu Dior daripada menjadi dutanya.

    Memetik dari mStar, syarikat berkenaan turut bertindak menggantikan Bella dengan model dari negara Israel iaitu May Tager kerana kurang senang melihat hantarannya di media sosial yang menyokong Palestin.

    Ekoran daripada pemecatan itu, pelbagai komen diterima dalam kalangan netizen.

    Bella atau Isabella Khair Hadid, bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.

    Sebelum ini Bella mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar dan mengakibatkan dia sering diganggu malah kehidupan keluarganya juga turut terancam saat ini.

    “Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari, nombor telefon saya juga dibocorkan, dan keluarga saya juga rasa dalam bahaya. Tapi saya tidak boleh diam lagi. ketakutan bukanlah suatu pilihan.

    “Rakyat dan anak-anak Palestin, khususnya di Gaza, tidak boleh membiarkan kami diam, kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella. – Agensi

    Dior pecat Bella Hadid kerana lantang bersuara mengenai isu Palestin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda