Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella mahu hidup tenang, enggan terpalit kontroversi

    Selepas dihimpit pelbagai kontroversi membabitkan rumah tangga bersama suami, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan pembukaan tahun ini seperti permulaan baru untuk menjalani kehidupan lebih tenang.

    Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, meluahkan rasa syukur apabila masa yang ada sekarang dapat diluangkan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak.

    “Alhamdulillah, saya dapat rasakan situasi berbeza untuk permulaan tahun baharu ini. Saya dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.

    “Saya bersyukur Aliff menunjukkan perubahan yang sangat besar untuk menjadikan kehidupan rumah tangga kami ke arah lebih baik,” katanya kepada BH Online.

    Bella berkata, azam tahun ini tidak berubah seperti dahulu kerana apa yang dimahukan adalah bebas daripada sebarang kontroversi biarpun menyedari ada kala perkara buruk tetap terjadi di luar kehendaknya.

    “Azam tahun ini sama sahaja seperti lalu. Saya mahu mengelak terpalit lagi daripada sebarang kontroversi membabitkan pelbagai perkara.

    “Mungkin ada warganet cakap saya sukakan kontroversi, tapi sebenarnya tidak langsung. Malah, saya lebih risau kalau sentiasa berdepan dengan kontroversi.

    “Kadang-kadang apa yang terjadi dalam kehidupan adalah di luar jangkaan. Ada juga yang cakap saya tak habis-habis bagi kenyataan, tapi bukan itu tujuan saya sebenarnya.

    “Ada juga yang ambil semula kenyataan lama saya dan jadikan bahan berita, disebabkan saya perlu jelaskan keadaan sebenar,” katanya.

    Dalam pada itu, Bella memohon agar portal hiburan menghentikan penyebaran berita lama berkaitan kemelut rumah tangganya dan suami yang disunting semula menjadi kenyataan baharu. – Agensi

    Bella bersyukur Aliff tunjuk perubahan sangat besar untuk menjadikan kehidupan rumah tangga mereka ke arah lebih baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda