Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Bella Poarch fail penceraian

    Bintang TikTok, Bella Poarch mendedahkan akan bercerai dengan suaminya selepas empat tahun berkahwin secara rahsia.

    TMZ melaporkan Bella dikatakan memfailkan penceraian terhadap Tyler Poarch di Mahkamah Los Angeles baru-baru ini.

    Berita berkenaan mengejutkan peminat kerana Bella tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai perkahwinannya itu apatah lagi berkongsi gambar suaminya di media sosial.

    Malah Bella tidak pernah dilihat memakai cincin perkahwinan.

    Dalam pada itu, sumber terdekat bintang TikTok tersebut memberitahu Bella memutuskan untuk bercerai selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.

    Malah Bella turut menyatakan perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan sebagai punca dia ingin bercerai dalam dokumen permohonan di mahkamah.

    Menerusi dokumen sama, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata dan Bella enggan membayar ganti rugi kepada Tyler ekoran dia memfailkan penceraian. – Agensi

    Bella Poarch sudah berkahwin sejak empat tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...