Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella tersinggung diberi watak ibu

    Pada usianya 22 tahun, pelakon, Bella Dowanna agak tersinggung diberikan watak ibu.

    Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim berkata, dia menolak tawaran dengan baik kerana belum sesuai dengan usianya.

    “Saya masih dapat tawaran lakonan, tapi saya tapis. Saya ada juga terima tawaran watak wanita berkahwin dan ada anak. Saya rasa belum sesuai membawa watak seperti ini.

    “Jujurnya, saya agak tersinggung dapat watak ibu, tapi saya anggap ia juga rezeki. Cuma, kalau boleh saya elak ambil watak lebih tua sebab saya baru berusia 22 tahun,” katanya kepada BH Online.

    Berkongsi lanjut, Bella berkata, dia sangat menantikan tawaran berlakon filem dan pada masa sama, berbesar hati diberikan peluang mengacarakan program televisyen.

    Bella tolak watak ibu, pilih karakter yang bersesuaian dengan usianya. – Kosmo

    “Saya memang tunggu tawaran berlakon filem. Alhamdulillah, sekarang saya ditawarkan menjadi hos program diari Big Stage 2025. Ini kali pertama buat saya,” katanya.

    Bella yang popular menerusi drama Budak Tebing mengakui, dia mahu mencuba banyak cabang seni, jadi menolak untuk berfikir soal cinta.

    Bagaimanapun, Bella berkata, dia ada didekati beberapa individu termasuk artis, namun menolak kerana masih belum bersedia terikat dengan komitmen cinta.

    “Ada juga beberapa individu cuba mendekati, tetapi saya tepis. Sebab ada yang hadir dengan ada ciri-ciri lelaki ‘red flag’.

    “Saya tiada ciri spesifik apa itu ‘red flag’, tapi kalau belum bersedia nak kenal orang atau tak berminat, baiklah tidak teruskan. Sebenarnya saya lebih kepada belum bersedia untuk bercinta.

    “Keluarga tidak menghalang, kalau masih bersekolah mungkin ada halangan. Sekarang tidak sebab saya sudah pandai buat keputusan sendiri, namun memilih menikmati kehidupan dahulu,” katanya.

    Bella menyifatkan perwatakannya agak kasar dan tidak mempunyai pengalaman bercinta.

    “Saya berlakon sepenuh masa sejak dahulu, jadi tiada masa nak bercinta. Lagipun, saya merasakan cabaran sebagai anak sulung dan saya perlu menanggung keluarga saya.

    “Jadi, bila saya bekerja dan belajar, saya perlu pandai membahagikan masa,” kata anak pertama dari tiga beradik itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda