Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham dijangka jalani pembedahan bahu

    CHARLOTTE, 23 JUN – Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham mengesahkan kelmarin dia akan menjalani pembedahan bagi menangani masalah bahu yang dialaminya sejak sekian lama selepas Piala Dunia Kelab berakhir.

    Pemain antarabangsa England itu bergelut dengan rasa tidak selesa selepas mengalami kecederaan dalam aksi La Liga pada November 2023 dan terpaksa bermain dengan pendakap.

    Madrid yang berhasrat untuk menjuarai Piala Dunia Kelab, menjadualkan pembedahan itu selepas perlawanan final, dengan Bellingham berpotensi terlepas aksi pembukaan musim La Liga apabila dia pulih. “Saya sudah bosan dengan pendakap dan terpaksa menariknya dengan bantuan pemain lain dan memasangkan semula setiap masa,” kata Bellingham kepada DAZN selepas Real Madrid menewaskan Pachuca 3-1 di Charlotte.

    “Saya sudah ada jadual untuk menjalani pembedahan selepas kejohanan, saya fikir kami telah menjadualkannya beberapa hari selepas perlawanan akhir, jadi saya akan jalani pembedahan dan selesaikan masalah ini.

    “Saya gembira dengan keputusan ini, sudah lama saya tunggu. Saya rasa saya sudah sampai ke penghujung tahap kesabaran saya dengan pendakap ini. – AFP

    Bellingham (kiri) mengawal bola melepasi pemain tengah Brest, Pierre Lees Melou semasa perlawanan bola sepak di Stadium Roudourou di Guingamp, Perancis pada 29 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda