BERLIN, 29 MEI – Dua hari selepas kekecewaan menyaksikan pasukannya kalah dalam perlawanan terakhir dan kehilangan gelaran kejuaraan, pemain tengah remaja Dortmund, Jude Bellingham, dinobatkan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini.
Pemain antarabangsa England berusia 19 tahun itu mengumpul undian terbanyak dalam tinjauan pendapat ‘Pasukan Terbaik Musim Ini’.
Bellingham, yang mengalami kecederaan lutut lewat musim, merupakan pemain gantian yang tidak digunakan ketika Dortmund seri 2-2 di laman sendiri menentang Mainz baru-baru ini untuk membolehkan Bayern Munich menduduki tempat teratas dengan perbezaan gol.