Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham julang Trofi Kopa

    PARIS, 31 OKT – Bintang Real Madrid dan England, Jude Bellingham berkata bahawa dia menyasarkan kejayaan Euro 2024 bersama England selepas memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik musim lalu berusia bawah 21 tahun pada majlis Ballon d’Or di Paris kelmarin.

    Pemain berusia 20 tahun itu telah memulakan kariernya di Real dengan cemerlang, dengan dua gol dalam kemenangan El Clasico 2-1 ke atas Barcelona pada Sabtu membawanya kepada 13 gol dalam 13 perlawanan pertamanya untuk gergasi Sepanyol itu.

    Tetapi Trofi Kopa memberi ganjaran kepada persembahannya musim lalu. Dalam kempen terakhirnya bersama Borussia Dortmund, Bellingham menjaringkan 14 gol dalam 42 perlawanan ketika pasukan itu menduduki tempat kedua dalam Bundesliga. Dia juga membantu England mara ke suku akhir Piala Dunia di Qatar.

    “Saya sangat berterima kasih kepada Dortmund atas peluang yang mereka berikan kepada saya selama ini dan terutamanya tahun lalu, untuk menjadi pemain utama dan membantu pasukan memenangi perlawanan,” kata Bellingham kepada AFP dan media lain selepas menerima hadiahnya.

    “Saya rasa saya memikul tanggungjawab itu dengan baik dan saya rasa saya mempunyai tahun yang baik jadi saya sangat gembira.”

    Dia menggantikan pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Gavi sebagai pemenang trofi yang dinamakan sempena bintang Real Madrid dan Perancis terdahulu, Raymond Kopa. – AFP

    Reaksi Bellingham selepas dianugerahkan Trofi Kopa semasa majlis Ballon d’Or ke-67 di Theatre du Chatelet di Paris, Perancis baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda