Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham terlalu mahal

    LIVERPOOL, 14 APRIL – Jika bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham akan berpindah ke kelab baharu pada musim panas ini, Liverpool tidak akan menjadi destinasinya.

    Jurgen Klopp hari ini berkata mengenai perpindahan mahal yang kadangkala pasukan mesti “abaikan dan melakukan hal yang lain.”

    Pengurus Liverpool itu menjawab soalan mengenai laporan kelab Liga Perdana itu yang telah berhenti mengejar Bellingham berusia 19 tahun, yang boleh membawa bayaran perpindahan tertinggi untuk Dortmund. Manchester City dan Real Madrid adalah antara kelab lain yang berminat.

    Klopp menjawab ia ‘bukan mengenai Jude Bellingham’ secara khusus tetapi kadangkala harganya terlalu tinggi.

    “Saya tidak pernah faham mengapa kami sentiasa bercakap tentang perkara yang secara teorinya kami tidak mampu miliki,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan Liverpool di Leeds pada awal pagi Selasa.

    Danilho Doekhi (kiri), menyaksikan Bellingham cuba mengawal bola semasa perlawanan antara Borussia Dortmund dan Union Berlin di Dortmund, Jerman, baru-baru ini. – AP

    “Kami tidak boleh mempunyai enam pemain pada musim panas dan setiap seorang bernilai 100 juta sebagai contoh,” katanya. “Awda perlu sedar apa yang boleh awda lakukan, berapa banyak wang yang ada, dan kemudian awda perlu bertindak dengan apa yang awda ada.”

    Liverpool ketinggalan 12 mata daripada slot terakhir Liga Juara-Juara dengan baki sembilan perlawanan.

    Memperbaiki bahagian tengah dilihat sebagai keutamaan di luar musim.

    “Kami bukan kanak-kanak,” kata Klopp. “Tanya seorang kanak-kanak berusia lima tahun pada Krismas ‘apa yang awda mahu untuk Krismas’ dan mereka memberitahu awda, ‘Saya mahu memiliki sebuah Ferrari.’ Awda tidak akan berkata ‘itu idea yang bagus,’ awda akan berkata ‘tidak itu terlalu mahal dan selain itu awda tidak boleh memandunya.’ Begitulah keadaannya.

    “Apa yang kami perlukan dan apa yang kami mahu, kami mencuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.

    “Tetapi ada waktunya apabila awda perlu menerima hakikat bahawa ini atau itu tidak mungkin untuk kami dan kemudian awda hanya perlu mengabaikannya dan melakukan hal yang lain.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda