Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belon mendarat kuat cederakan 16 penumpang

    SYDNEY, 30 Mac – Satu belon udara panas membuat pendaratan yang kuat setelah melanggar sebatang pokok di utara Sydney pada hari ini, mencederakan 16 orang penumpang, menurut jurucakap rasmi.

    Belon itu yang membawa seorang juruterbang dan 24 orang penumpang ketika ia mendarat kuat di kawasan padang Hunter Valley selepas melanggar pokok, menurut jurucakap Persatuan Belon Profesional Australia, Damian Crock.

    Kementerian Kesihatan setempat berkata 16 penumpang mengalami kecederaan dan telah dirawat di hospital, manakala 12 orang daripada mereka pula dikeluarkan dari hospital petang ini.

    Kecederaan yang mereka alami termasuk kesakitan pada tulang belakang dan patah tulang.

    Menurut seorang pegawai ambulans, mangsa tidak mengalami kecederaan yang boleh mengancam nyawa mereka.

    Sementara itu, laporan televisyen tempatan menunjukkan serpihan batang pokok kayu yang patah selepas pelanggaran itu dan daun-daun yang masih terpaut pada bakul belon setelah ia mendarat.

    Kesan daripada hentakkan pendaratan itu akan diperiksa oleh penyiasat kerajaan bagi kemalangan, kata Crock.

    Pengendali belon, Balloon Safaris, tidak memberikan sebarang komen segera pada hari ini selepas kemalangan tersebut.

    Sebelum ini pada bulan Januari, empat penumpang dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa ketika belon udara panas Balloon Safaris membuat pendaratan cemas di Lembah Hunter. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda