SEOUL, 16 SEPT – Belon sampah dari Korea Utara mendarat di atas bumbung sebuah bangunan di Seoul dan menyebabkan kebakaran, kata jabatan bomba tempatan hari ini, antara ribuan belon yang dihantar Pyongyang ke selatan tahun ini, mencetuskan kempen propaganda balas-membalas.
“Pada sekitar jam 9:04 malam (1204 GMT) kelmarin, kebakaran berlaku di atas bumbung sebuah bangunan komersial empat tingkat di daerah Barat Seoul,” kata Balai Bomba Gangseo di Seoul dalam satu kenyataan.
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa 18 minit dan 15 trak bomba serta 56 anggota dikerahkan, kata jabatan bomba, sambil menambah bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pihak berkuasa tentera dan polis mengumpul belon tersebut, yang kini sedang disiasat.
Pyongyang melancarkan kira-kira 120 belon berisi sampah ke arah sempadan lewat kelmarin, selepas 50 belon yang dihantar pada Sabtu, kata tentera Korea Selatan hari ini. – AFP