Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belon udara di Utah mungkin milik orang awam

    WASHINGTON, 25 FEB – Objek yang berada pada altitud tinggi berkemungkinan hanya sebiji belon dan telah beredar meninggalkan ruang udara Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD), kelmarin.

    NORAD dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa belon kecil yang dipintas oleh pesawat pejuang AS di Utah pada Jumaat mungkin milik orang awam dan tidak memberikan ancaman kepada keselamatan negara, lapor United Press International (UPI).

    Belon itu berada pada ketinggian kira-kira 13,100 hingga 13,700 meter ketika dipintas.
    NORAD dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memantau belon itu sehingga ia beredar dari ruang udara AS pada waktu malam. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda