Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belum ada petunjuk baharu kehilangan nelayan Sarawak

    KUCHING, 5 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) belum menemukan sebarang petunjuk baharu berkenaan kehilangan seorang nelayan tempatan selepas bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih, kira-kira 477 kilometer (km) ke utara, Isnin lalu.

    Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak Numpang berkata mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong Pak Wei, 30, dilaporkan hilang kira-kira 6:30 petang.

    Beliau berkata Wong dikatakan menaiki bot itu bersama-sama lima kru lain yang terdiri daripada dua warga tempatan, dua rakyat Indonesia dan seorang lagi Myanmar.

    “Pada kira-kira 12:40 tengah hari semalam (4 April), lima mangsa telah dijumpai selamat (oleh sebuah bot nelayan lain) pada jarak lebih kurang lapan batu nautika dari pantai Belawai (yang berdekatan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Gilbert, APMM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima laporan itu dengan menubuhkan sebuah pangkalan hadapan carilamat (PHC) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Belawai. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda