Rob Kardashian, 32, mempunyai pasangan baharu namun dia perlu mengambil masa selepas penceraian yang dramatik dengan Blac Chyna, 31, dan mempunyai anak perempuan bernama Dream.
“Rob juga ingin memastikan untuk tidak menjalinkan hubungan yang memerlukannya untuk memberikan komitmen dalam perhubungan kerana dia tidak mahu serius sehingga dia benar-benar mengenali pasangannya itu. Walaupun sering kali mengadakan temu janji bersama wanita lain, tetapi sehingga kini dia tidak mengenalkan mana-mana wanita kepada Dream sehinggalah dia benar-benar sudah bersedia,” kata sumber yang mengenali Rob memberitahu HollywoodLife.
Dream menjadi tumpuan apabila Rob dan Blac memuat naik gambarnya ke media sosial dan Rob terlalu berhati-hati untuk memperkenalkan anak perempuannya.
Keretakan hubungan pasangan ini berpunca daripada bekas kekasih Blac Chyna, Tyga yang bertemu janji bersama adik Rob, Kylie Jenner. Blac Chyna dan Tyga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama King Cairo, 6 tahun.
Rob dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan bintang realiti, Mehgan James, 29, pada tahun 2017, namun dia tidak mengakui sebarang perhubungan peribadi antara mereka.
Buat masa ini, Rob hanya menumpukan kepentingan untuk anaknya, Dream dengan persekitaran yang sihat dan membesarkannya bersama dengan Blac sebagai ibu bapa sahaja.
Seperti yang pernah diberitahu oleh wartawan sebelum ini, kehidupan Rob telah berubah secara dramatik selepas kelahiran Dream dengan memberikan keterampilan baharu dalam hidupnya.
Walaupun Rob tidak selalu memuat naik gambarnya di media sosial, tetapi dia telah mengongsikan saat-saat yang manis bersama anaknya, Dream, termasuk video yang memaparkan Dream menunjukkan rasa sayangnya kepada ayahnya itu.
Para pengikutnya di laman sosial yang menyedari persamaan antara Rob dan Dream berkongsi, “Dia kelihatan seperti awak dan bapa awak, merujuk kepada mendiang ayah Rob, Robert Kardashian. Beliau kini masih menjalankan perniagaan stokingnya bersama rakan kongsinya Arthur George. – Agensi
