Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belum divaksin, Rita tak kisah digugurkan daripada drama

    Pelakon sensasi Rita Rudaini mendedahkan ada rakan selebriti yang menuduh dia sedang menjalani penggambaran sedangkan dirinya belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

    Rita berkata, disebabkan tuduhan tidak berasas itu, namanya kini menjadi ‘panas’ sekali gus mengundang fitnah lebih besar.

    “Ada rakan industri fitnah saya. Cakap saya tengah jalani penggambaran. Saya tidak divaksin. Kecoh sekarang ini menjaja (cerita fitnah).

    “Alahai. Sabarlah wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dengan saya tidak sama,” katanya.

    Rita juga berpesan kepada individu terbabit supaya percaya dengan rezeki masing-masing dan tidak perlu iri hati dengannya.

    Rita Rudaini mendedahkan ada rakan selebriti yang menuduh dia sedang menjalani penggambaran meskipun belum menerima vaksin. – Agensi

    “Sudah-sudahlah tu. Jangan menggelupur sangat dengan rezeki orang lain. Semua itu Tuhan sudah tulis untuk sekian-sekian hamba-Nya.

    “Kalau kau menyalak dengar sampai Perlis pun, jika Allah SWT dah kata itu rezeki orang lain, rezeki dialah. Dah hilang rasa bersangka baik dengan Allah SWT?” katanya.

    Dalam masa sama, Rita mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terbabit dengan mana-mana penerbitan drama walaupun drama 100 episod sekali pun.

    “Percaya pada rezeki yang Tuhan dah tetapkan. Walau 100 episod nama saya digugurkan pun, saya okay. Sebab bagi saya, Allah SWT dah tulis begitu. Saya sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

    “Sebab apa yang Dia (Tuhan) beri tidak ada sebabnya dan Dia tidak pernah hampakan hamba-hamba-Nya,” katanya. Terdahulu, kerajaan mengumumkan semua penggiat seni industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

    Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan warganet di Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStory memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

    Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiarkan semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin COVID-19. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda