Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belum mahu bercinta

    Penyanyi Sufian Suhaimi, meminta semua pihak menghentikan gosip konon dia menjalin hubungan dengan selebriti remaja media sosial, Arianna Natasha Abd Zambree.

    Sufian berkata, warganet tidak seharusnya membuat andaian mereka mempunyai hubungan istimewa hanya berdasarkan beberapa foto ketika dia hadir meraikan ulang tahun kelahiran ke-16 gadis itu, baru-baru ini.

    Sufian mengulas perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) filem Motif, Takkan Merubah, nyanyiannya bersama Amira Othman, baru-baru ini. Spekulasi hubungannya dengan Arianna tercetus apabila foto Sufian menghadiri majlis sambutan hari lahir gadis itu pada 13 Ogos lalu tersebar di laman sosial.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga berkata, dia belum bersedia menjalin cinta selepas putus tunang, Februari tahun lalu.

    Sebelum ini, penyanyi lagu Mencuba itu turut dikatakan mempunyai hubungan dengan Jasmine gara-gara membuat kejutan apabila hadir pada majlis meraikan ulang tahun kelima pembabitan pelakon itu dalam bidang seni.

    Dalam perkembangan lain, Sufian baharu menerima pengiktirafan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi Kategori Selebriti (Hiburan). – Agensi

    Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga berkata, dia belum bersedia menjalin cinta selepas putus tunang, Februari tahun lalu. – Agensi04
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda